Aksi Penulis Kaligrafi Muda Tarik Perhatian Ramai - Berita Semasa | mStar

Aksi Penulis Kaligrafi Muda Tarik Perhatian Ramai

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Kehalusan seni seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dalam menghasilkan kaligrafi menarik perhatian pengunjung Pameran Kaligrafi Peringkat Kebangsaan di Kolej New Era, Kajang, Sabtu.

Koh Wen Yu merupakan merupakan peserta termuda yang menyertai pameran yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Kaligrafi Malaysia (PTSM) itu.

Seperti sudah berpengalaman dalam hasilkan seni itu, pengunjung dapat saksikan gelagat Wen Yu hasilkan kaligrafi secara langsung.

Tidak keseorangan, dia turut ditemani abang-abangnya Koh Kent Kiang, 16 dan Koh Kent Ming, 13 yang turut menyertai pameran itu.

"Saya mula belajar seni tulis ini ketika berusia 7 tahun dan minat dalam seni kaligrafi ini semakin mendalam," kata Wen Yu.

Murid tahun empat itu memberitahu, dia telah sertai banyak pertandingan dalam seni tulis kaligrafi dan turut memenangi beberapa pingat di peringkat kebangsaan.

"Saya pilih untuk tulis mengenai ibu. Kita harus sentiasa hargai ibu kerana banyak pengorbanan yang telah dilakukan olehnya semasa membesarkan kita," tambahnya lagi.

Pameran Kaligrafi kali ini  berlangsung selama lima hari bermula 26 September sehingga 30 September pada pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Tags / Kata Kunci: Kaligrafi , Kajang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan