Jerebu: 533 Buah Sekolah Di Sarawak Ditutup Pada Isnin

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sejumlah 533 buah sekolah rendah dan menengah di tiga bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk.

Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan berkata penutupan sekolah di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman itu akan membabitkan 113,755 murid sekolah rendah dan 86,623 pelajar sekolah menengah.

"Sejumlah 265 buah sekolah rendah dan menengah di empat daerah dalam Bahagian Kuching iaitu Daerah Kuching, Bau, Lundu dan Padawan akan ditutup.

Penutupan ini melibatkan 129,832 orang murid.

Manakala 198 buah sekolah rendah dan menengah di tiga daerah dalam Bahagian Samarahan iaitu Daerah Samarahan, Serian dan Simunjan membabitkan 54,976 murid akan ditutup esok," kata kenyataan itu.

Bagi Bahagian Sri Aman, sejumlah 70 buah sekolah di Daerah Sri Aman dan Lubok Antu akan ditutup, penutupan melibatkan 14,359 orang pelajar, katanya.

Setakat 12 tengah hari tadi, IPU di Sri Aman mencatatkan bacaan 190, Samarahan (145) dan Kuching (137), iaitu tahap tidak sihat.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Tags / Kata Kunci: Sarawak , Sekolah , Jerebu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan