Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilapor masih bergerak perlahan, setakat 1 tengah hari Ahad.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressway Sdn Bhd berkata peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan adalah dari arah Juru ke Bukit Tambun, Taiping Utara menuju ke Changkat Jering hingga Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Seberang Perak, Ipoh ke Simpang Pulai, Gopeng ke Bidor dan Sungkai ke Slim River.

Menurutnya, satu kemalangan kecil membabitkan dua buah kenderaan di Km173.5 arah utara dari Tangkak ke Jasin menyebabkan lorong kanan terhalang dan trafik bergerak perlahan.

"Selain itu, aliran trafik di Simpang Ampat ke hentian sebelah Pedas, Linggi menuju ke Seremban turut dilaporkan bergerak perlahan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bilangan kenderaan semakin meningkat dan bergerak perlahan sebelum tol Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2.

"Trafik juga perlahan dari Lanchang ke Hentian Sebelah Lanchang, sebelum keluar Plaza Tol Karak di Lebuhraya Pantai 1, dari Karak ke Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan sebelum keluar ke Plaza Tol Gombak.

"Trafik dijangka sibuk sehingga malam ini berikutan orang ramai mengambil kesempatan pada saat-saat akhir pulang ke ibu negara selepas cuti bersempena sambutan Aidiladha," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 

Tags / Kata Kunci: Trafik , Lebuh Raya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan