Aliran Trafik Lebuh Raya Semakin Perlahan

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan perlahan setakat 11 pagi Ahad berikutan orang ramai mula pulang daripada cuti bersempena sambutan Aidiladha.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik sibuk di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara mulai Permatang Pauh menuju Prai, Changkat Jering ke Bukit Berapi, Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Tapah ke Sungkai.

"Namun bagi arah selatan pula, aliran trafik menuju ke ibu negara masih lagi lancar dan tiada kemalangan dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad..

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan menyebabkan aliran trafik perlahan sebelum dan selepas Plaza Tol Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2 serta dari Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan