17 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 10 Malam, Sabtu

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 malam Sabtu, dengan Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 146.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain antaranya ialah Shah Alam (143), Pelabuhan Kelang (140), Petaling Jaya (137), Bandaraya Melaka (136), Putrajaya (135), Banting (132), Seremban (123), Cheras (121), Nilai dan Port Dickson (120), Kuching (119), Balok Baru, Kuantan (111), Bukit Rambai, Kuala Selangor dan Kemaman (110) serta Samarahan, Sarawak (108).

Sementara itu, 26 kawasan mencatatkan IPU sederhana dan hanya tujuh kawasan mencatat bacaan sihat.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata bacaan IPU tidak ada hubungan secara terus dengan ketampakan kerana ia dikira berdasarkan purata kepekatan PM-10 zarah terampai.

"Particulate Matter (zarah terampai) bersaiz kurang daripada 10 mikron dalam tempoh 24 jam. Purata 24 jam mengambil kira standard protokol antarabangsa bagi pendedahan kepada kesihatan awam," katanya kepada Bernama.

Justeru, ukuran ketampakan di kawasan yang mempunyai penglihatan kabur tidak boleh diukur setara dengan bacaan IPU, kata Halimah.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , IPU Tidak Sihat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan