TPM Rasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Festival Tebingan Kuching-Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini pada Pagi Sabtu.

Beliau turut melepaskan peserta perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak yang diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 bagi memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan  Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Selain perlumbaan perahu panjang tradisional Sarawak, festival kali ini turut mempertandingkan acara perahu naga melibatkan penyertaan 25 pasukan antaranya dari Hong Kong, Indonesia, Jepun, Filipina, dan Taiwan serta pasukan tempatan dari Sabah, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur.

Festival dua minggu bermula 18 Sept hingga esok turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pesta makanan Malaysia dan pameran kraftangan selain program hiburan tradisional.

Ahmad Zahid yang dalam rangka lawatan dua hari ke negeri ini, turut akan menghadiri dua sesi bertemu rakyat di Rumah Panjang Methew Manai Tan di Kampung Kerangas Baru, Melikin, di Kilometer 94 Jalan Kuching/Sri Aman dan Kampung Terbat Leban di Serian, dekat sini.

Tags / Kata Kunci: Kuching , Sarawak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan