Tiada Jemaah Malaysia Terbabit Dalam Kebakaran Khemah Di Mina

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Satu kebakaran yang dilaporkan berlaku pada Jumaat di khemah penempatan jemaah haji di Mina tidak membabitkan jemaah Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata dalam kejadian pada petang Jumaat itu, ia berlaku di perkhemahan jemaah haji dari Mesir dan dipercayai berpunca daripada sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu.

"Tiada jemaah haji Malaysia terlibat. Semua anggota keluarga jemaah haji ditanah air tidak perlu risau kerana mereka semua berada dalam keadaan baik,'katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu>

Menurut berita dalam laman web Mesir, Al-Youm al-Sabea, satu khemah milik jemaah haji Mesir terbakar semasa mengerjakan ibadah haji pada Jumaat.

Laporan itu menyebut lapan jentera bomba dan penyelamat segera dikerahkan ketempat kejadian, dan anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran itu tidak lama kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan juga tahap kemusnahan di dalam kejadian itu setakat ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Jemaah Malaysia , Mekkah , Mina

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan