Anggota Tentera Terlibat IS Akan Dipecat

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengulangi pendirian anggota tentera yang didapati terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) akan dipecat dari perkhidmatan.

Mengulangi amaran keras itu, Hishammuddin berkata kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memandang serius isu itu dan tidak akan berkompromi.

"Tak perlu amaran keras sebab saya dah pernah nyatakan dahulu, jika ada maklumat, kita akan tangkap dan mereka akan dipecat," katanya.

Justeru, Hishammuddin telah meminta ATM khususnya Kor Agama memandang serius  perkara itu dan merangka pendekatan bagi memastikan fahaman ekstremis tidak terus menular di kalangan anggota tentera.

"(Kor) Risik juga saya dah arahkan untuk memantau sejak dulu walaupun jumlah (anggota yang terlibat dalam IS) yang diumumkan tidaklah besar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Sembrong di Dataran Taman Desa Sejahtera, di sini, Sabtu.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengulas mengenai penangkapan anggota IS baru-baru ini yang turut melibatkan anggota tentera.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata walaupun pembabitan anggota tentera masih tidak serius, langkah proaktif untuk terus memantau perlu dipergiatkan.

"Kalau kita tidak ambil tindakan proaktif dan menekankan ideologi IS ini songsang dan tidak boleh diguna pakai, mungkin ramai yang akan terpengaruh di peringkat awal kerana dilihat sebagai menarik.

"Tetapi pengalaman mereka yang ke sana jelas menunjukkan mereka akhirnya ralat dan apabila mau kembali, mereka disekat pihak yang berkenaan," katanya.

Mengenai pertemuannya dengan rakan sejawat di Arab Saudi, Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman di Jeddah, Selasa lepas, Hishammuddin berkata beliau turut membincangkan isu IS yang juga menjadi ancaman kepada negara Timur Tengah.

Beliau berkata Malaysia dan Arab Saudi bersetuju memperkukuhkan risikan dan bertukar-tukar maklumat bagi membendung fahaman IS itu.

"Pengalaman negara Timur Tengah berdepan IS boleh membantu kita membuat tindakan proaktif untuk berdepan dengan mereka ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tentera , IS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan