Salleh Perjelas Salah Tanggapan Siapa Jadikan Najib PM

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menegur bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat beliau mempunyai hak untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata ini berpunca daripada sikap Dr Mahathir yang percaya bahawa beliau merupakan individu yang telah berusaha keras untuk menjadikan Najib sebagai perdana menteri.

Ini, katanya sama seperti apa yang orang di Amerika Syarikat kata iaitu "If I can hire, then I can fire (Jika saya boleh ambil bekerja, oleh itu saya boleh pecat)."

"Sebenarnya ini adalah tidak benar dan merupakan salah tanggapan. Dr Mahathir bukan bos atau majikan Najib yang boleh memecat beliau sesuka hatinya," katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my.

Sesetengah orang, katanya mungkin mengelarnya delusi atau khayalan untuk seseorang itu fikir yang beliau boleh menentukan siapa patut dan tidak patut memimpin negara, seolah-olah sistem demokrasi tentang bagaimana pemimpin dan kerajaan dalam sesebuah negara dipilih, sudah tidak lagi wujud.

"Dr Mahathir mungkin boleh membuat dakwaan itu apabila membabitkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Lagipun beliau yang melantik Abdullah sebagai timbalannya dan akhirnya meletak jawatan dan menyerahkan kepimpinan negara kepada Abdullah," katanya.

Salleh berkata sebenarnya Abdullah yang telah melantik Najib sebagai timbalannya, dan jika ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa beliau yang bertanggungjawab menjadikan Najib sebagai perdana menteri, pastinya Abdullah yang wajar membuat dakwaan itu.

Menteri itu mengambil perhatian bahawa pada 2013, Najib menerajui Barisan Nasional dalam pilihan raya umum dan parti pemerintah telah memenangi pilihan raya itu.

"Jadi, pada 2013, rakyat atau pengundi, dan bukan Dr Mahathir, yang menjadikan Najib sebagai perdana menteri. Dr Mahathir hanya seorang daripada 11 juta pengundi," katanya.

Salleh seterusnya berkata UMNO yang telah memilih Najib sebagai presiden, dengan itu menjadikan beliau pemimpin UMNO yang telah dipilih oleh anggota parti secara sah.

"Sekurang-kurangnya tiada dakwaan tentang berlakunya penipuan semasa pemilihan parti dan Najib tidak membatalkan pendaftaran UMNO untuk menutup penipuan seperti apa yang Bapa Merdeka, almarhum Tunku Abdul Rahman, dakwa Dr Mahathir telah lakukan pada 1987," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan