Lima Modul, Tiga Sub-Modul Baharu Dalam PLKN

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Kerajaan bakal memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 bagi transformasi program itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata langkah itu boleh memastikan PLKN kekal relevan dengan tuntutan semasa, praktikal dan mempunyai nilai tambah yang menyakinkan serta memberi kesan bermakna kepada pembangunan negara terutama setelah 10 tahun penubuhannya.

"Lima modul utama yang bakal diperkenalkan ialah 'Fit4Life', 'Tech and Talk', 'Malaysiaku', 'Be Safe, Be Alert' dan 'I-Upgrade' sementara tiga sub-modul ialah 'Spirituality', 'My Future' dan 'Khidmat Komuniti'.

"Dalam setahun kita buat makmal, kita buat konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan, berjumpa dan berbincang dengan pakar-pakar, semua ini telah membawa hasil yang saya harap dapat diterima oleh orang ramai supaya PLKN yang telah melalui 10 tahun perjalanan diberikan nafas dan suntikan baharu," katanya.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas majlis korban perdana Parlimen Sembrong di dataran Taman Desa Sejahtera, di sini, Sabtu.

Beliau berkata sebagai contoh modul Fit4Life, ia bakal mengajar peserta PLKN kemahiran survival, aktiviti ekstrem dan latihan kecergasan bertujuan untuk melatih generasi muda tentang gaya hidup sihat di samping membentuk keberanian, disiplin dan daya tahan.

Hishammuddin berkata modul 'Tech  and  Talk' pula menekankan aspek pembangunan interpersonal serta pemikiran kreatif dan kritikal sementara modul 'MalaysiaKu' dan "Be Safe, Be Alert' beri penekanan kepada patriotisme, semangat cintakan negara dan bina pemahaman mengenai cabaran dan ancaman semasa sama ada berbentuk moden atau tradisional.

Program PLKN yang akan bermula tahun hadapan menggalakkan penyertaan secara sukarela, katanya.

Penangguhan PLKN diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lalu.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas, Naib mengumumkan PLKN yang diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Tags / Kata Kunci: PLKN , Modul

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan