Jerebu: Tiada Penerbangan Malaysia Airlines Terjejas

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 7:06 PM

Pemandangan di KLIA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiada penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang bertolak dari atau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terjejas akibat jerebu, kata syarikat penerbangan nasional itu.

Namun, penerbangan MH2591 dari Miri ke Kuala Lumpur diarahkan ke Pulau Pinang tengah hari tadi berikutan jarak ketampakan rendah akibat jerebu.

"Selain MH2591, semua penerbangan Malaysia Airlines yang tiba atau berlepas dari KLIA tidak terjejas dengan jerebu," kata MAS dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), mengesahkan penerbangan MH2591 selamat tiba di KLIA pada pukul 4.12 petang Sabtu.

Sehingga pukul 3 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar KLIA seperti Putrajaya berada dalam kategori sederhana dengan bacaan 99.

Tinjaun Bernama di Klia2 mendapati ia turut diselubungi jerebu dengan jarak ketampakan sekitar dua kilometer.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200(tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Tags / Kata Kunci: MAS , Jerebu , Jerebu

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan