Jerebu: Cuaca Malaysia Pulih Seperti Biasa Menjelang Oktober

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 6:57 PM

Keadaan jerebu di Putrajaya pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka bebas dari gangguan jerebu rentas sempadan menjelang awal Oktober kerana kesan dari siklon Dujuan, yang bermula dari Filipnia, diramal lenyap awal minggu depan. 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata keadaan ini boleh berlaku secara tentatif pada 28 hingga 30 September. 

Dujuan yang muncul dari Filipina sejak Selasa lepas, yang mengakibatkan perubahan arah angin, membawa balik jerebu ke negara ini selepas reda seketika. 

"Musim intera-monsun tercetus pada pertengahan bulan ini, ketika keadaan sepatutnya bebas jerebu. Namun, kita boleh menjangkakan bebas dari jerebu tidak lama lagi," kata beliau kepada Bernama pada Sabtu.   

Beliau berkata musim intra-monsun dijangka membawa hujan pada sebelah tengah hari.  

Che Gayah berkata operasi pembenihan awan akan hanya dijalankan bila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesuatu kawasan mencecah paras tidak sihat selama 72jam (tiga hari) berturut-turut.  

Beliau berkata jabatan itu kini memantau rapat situasi di Johor.  

Tiga stesen di Johor - Pasir Gudang, Larkin Lama dan Kota Tinggi yang melaporkan IPU tidak sihat sejak Khamis, mengalami kualiti udara bertambah baik pagi ini, dengan indeks direkodkan pada paras sederhana pada 1.00 tengah hari.  

Di Kuala Lumpur, IPU terus berada di paras sederhana dalam masa tiga hari lepas.   

Bacaan IPU 0 ke 50 menunjukkan kualiti udara baik; 51 ke 100, sederhana; 101ke 200, tidak sihat; 201 ke 300, amat tidak sihat; 300 dan lebih, berbahaya.

Tags / Kata Kunci: Jerebu Malaysia , IPU

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan