Jamal Bebas Dari Tahanan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos dibebaskan polis pada pukul 8.30 malam Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Jamal ketika ditemui pemberita selepas dibebaskan berkata polis memberi layanan baik kepadanya sepanjang ditahan selama 24 jam.

Pada Jumaat, beliau ditahan polis mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah berhubung kenyataannya tentang rusuhan akan berlaku pada perhimpunan di Jalan Petaling.

Tags / Kata Kunci: Datuk Jamal Md Yunos

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan