Ibu Negara Kembali Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan Batu Muda di sini kembali merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 106 setakat 3 petang ini berbanding bacaan IPU sederhana iaitu 56 pada 9 pagi Sabtu.

Kali terakhir kawasan itu mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 142 ialah pada 15 Sept lepas.

Empat kawasan lagi kekal mencatatkan IPU tidak sihat sejak 9 pagi tadi iaitu Balok Baru, Kuantan (132), Kemaman dan Bandaraya Melaka masing-masing 127 dan Indera Mahkota, Kuantan (114).

Jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana meningkat kepada 37 berbanding 33 kawasan pada 9 pagi tadi termasuk di Cheras, Kuala Lumpur (100), Putrajaya (99), Bukit Rambai (96), Kuching dan Paka masing-masing 93, Port Dickson (92), Sri Aman (91) dan Pelabuhan Klang (86).

Sementara itu, sebanyak 10 kawasan mencatatkan bacaan IPU sihat termasuk Kapit (49), Seri Manjung (43), Universiti Sains Malaysia (44), Perai (39), Alor Setar (26) dan Kangar (24).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. 

Tags / Kata Kunci: IPU , Jerebu

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan