Tragedi Mina: Angka Kematian Meningkat Pada Sabtu

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 11:18 PM

Jemaah yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital.

(Ubah saiz teks)

MINA: Menteri Kesihatan Arab Saudi mengesahkan angka kematian insiden rempuhan di Mina meningkat kepada 769 pada Sabtu.

Pada Jumaat, angka kematian seramai 717 orang.

Menurut Khaled al-Falih, jumlah jemaah haji yang cedera turut meningkat kepada 934 berbanding 805 sebelum ini.

Kejadian itu berlaku di Jalan 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula. 

Insiden rempuhan di Mina pada Khamis merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.

Ketika ini kira-kira dua juta orang sedang mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

Tags / Kata Kunci: tragedi Mina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan