PKR Masih Harapkan Kerjasama PAS Dalam Pakatan Harapan

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 5:52 PM

(Ubah saiz teks)

PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih mengharapkan PAS akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perbezaan pendapat antara DAP dan PAS bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan PAS untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu pasukan.

"Kita berharap PAS akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini,"katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu pada Sabtu.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan bahawa penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas anggota PAS akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan PAS.

Isnin lepas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: PKR , PAS , Pakatan Harapan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan