Ali Tinju Enggan Dikaitkan Dengan Jamal Md Yunos

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mula menjauhkan dirinya daripada Datuk Jamal Md Yunos apabila menegaskan bahawa beliau tiada kaitan dengan kumpulan 'baju merah'.

Sebaliknya kata Mohd Ali, beliau mewakili kumpulan 'gerakan merah'.

"Baju merah berbeza daripada gerakan merah. Jamal dengan baju merah dan saya bersama gerakan merah.

"Jamal yang mengatakan mungkin ada rusuhan. Anda perlu hubunginya dan bertanya mengapa beliau berkata demikian. Gerakan merah tidak pernah kata sebegitu," kata Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu itu pada Sabtu.

Pada Rabu, Jamal memberitahu pemberita bahawa mungkin terdapat lagi satu perhimpunan pada Sabtu jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan gagal untuk bertindak berhubung aduan peniaga haram di Petaling Street.

Beliau kemudiannya menarik balik dengan mengatakan dia tidak akan hadir di Jalan Petaling pada Sabtu dan menegaskan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Sementara itu pada Jumaat Mohd Ali berkata, perhimpunan kedua kumpulan 'baju merah' di Petaling Street dibatalkan atas nasihat pihak berkuasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan