1MDB Akan Terus Beri Maklum Balas Kepada Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 1:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia komited untuk terus menyediakan maklum balas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu bekas perdana menteri itu mengingati kembali jawapan berasaskan fakta yang diberikan sebelum ini.

1MDB berkata Dr Mahathir "terus mengguna dan mengitar semula dakwaaan basi dan tidak terbukti yang telah dibuktikan salah berulang kali."

"Sebagai contoh, sebelum ini Tun Dr mahathir mendakwa sejumlah RM42 bilion lesap daripada 1MDB. Sekarang beliau mendakwa 'lebih RM20 bilion tidak dapat dikesan atau diambil kira.

"Untuk kebaikan Tun Dr Mahathir, satu pecahan menyeluruh akan bagaimana 1MDB menggunakan hutang RM42 bilion itu -- berasaskan penyata kewangan yang telah diaudit syarikat -- boleh dilihat menerusi http://1mdb.com.my/press-release/rm42-billion-all-accounted-for," kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kenyataan itu dikeluarkan 1MDB susulan catatan berkaitan 1MDB oleh bekas pemimpin politik berkenaan yang dipapar menerusi laman blog beliau pada 25 Sept.

"Berhubung tanah 1MDB, dengan mudahnya Tun Dr Mahathir lupa bahawa 1MDB dimiliki 100 peratus oleh kerajaan Malaysia, justeru sebarang peningkatan nilai akan memberi manfaat secara langsung hanya kepada kerajaan.

"Selain memetik sebut harga tanah yang jauh lebih rendah pada RM3,000 satu kaki persegi sekarang (berbanding RM7,000 sekaki persegi dalam dakwaan beliau sebelum ini), Tun Dr Mahathir lupa untuk mengakui bahawa 1MDB telah membuat komitmen sebanyak RM3 bilion bagi pembangunan infrastruktur di TRX.

"Ini menyamai sekitar RM1,500 perbelanjaan infrastruktur untuk satu kaki persegi, dibayar oleh 1MDB dan seterusnya diperoleh semula menerusi penjualan tanah," kata 1MDB.

Ia berkata Tun Dr Mahathir turut mengulangi dakwaan lama bahawa 1MDB memindahkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau sedar, pada 3 Ogos 2015 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merupakan badan bebas, mengesahkan secara jelas bahawa dana itu daripada penderma swasta, bukan daripada 1MDB.

"1MDB kesal dengan Tun Dr Mahathir yang sentiasa lupa pada fakta, bukan sahaja daripada 1MDB tetapi juga daripada agensi bebas dan dihormati seperti SPRM," kata 1MDB.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Tun Dr Mahathir

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan