Ahmad Zahid Nafi Anti Masyarakat Cina

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 11:58 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya beliau bersifat perkauman dan anti masyarakat Cina seperti yang disebarkan di media sosial.

“Mana ada saya 'racist' (bersifat perkauman), kita sama-sama rakyat Malaysia. Kita perlu bersatu sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ringkasnya pada sambutan Festival Kek Bulan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Persekutuan Persatuan Cina Kuching dan Samarahan di Taman Sahabat Kuching di sini, malam Jumaat.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri meminta rakyat supaya tidak mempercayai tuduhan pihak tertentu yang berniat jahat terhadap dirinya.

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat Cina supaya terus memberi sokongan utuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sarawak akan datang.

Mengenai festival berkenaan, Ahmad Zahid berkata, beliau gembira melihat ramai penduduk bukan Cina yang menghadiri festival kuih bulan itu walaupun pesta berkenaan adalah kebudayaan masyarakat Cina. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan