Visa Pelancong Percuma Mungkin Terlalu Lewat

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 9:40 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program visa percuma untuk kumpulan pelancong dari China akan berkuatkuasa pada 1 Oktober, tetapi pada masa itu ramai di antara mereka telah merancang percutian Hari Kebangsaan negara itu yang dikenali sebagai Golden Week.

Pengerusi Tourism Malaysia Wee Choo Keong berkata visa percuma mungkin terlalu lewat untuk pelancong dari China, di mana cuti tujuh hari mereka bermula pada 1 Oktober.

"Kabinet telah bersetuju dengannya (visa) pada bulan Jun dan ia sepatutnya telah dilaksanakan pada bulan September. Tetapi tiada apa yang telah dilakukan sehingga akhir Ogos.

"Jika kita memperkenalkannya pada bulan September, pelancong masih ada masa untuk buat perancangan, tetapi kita sudah 'terlepas kereta api'," katanya.

Choo Keong memberi contoh Singapura, yang serta-merta membenarkan warga China melanjutkan pelbagai jenis visa kemasukan mereka ke 10 tahun sejak bulan Jun, apabila mendapati jumlah pelancong dari China telah jatuh.

Beliau berkata peraturan yang memerlukan pelancong mengambil penerbangan terus dari China ke Malaysia dan tiket penerbangan pergi balik akan menjadi penghalang kerana apabila mereka tiba di Malaysia, mereka tidak dapat melakukan perjalanan ke negara lain.

Wee berkata pada masa kini ramai yang lebih suka bercuti bersama keluarga dengan jumlah tiga atau empat orang, tetapi keperluan untuk pelancong datang secara berkumpulan dengan jumlah 20 atau lebih juga sekali lagi menjadi penghalang bagi mereka untuk datang ke Malaysia.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Hamzah Rahmat bersetuju dengan Wee mengenai keperluan untuk menawarkan visa percuma untuk kumpulan-kumpulan kecil dan pelancong bebas dari China.


"Trend semasa dalam generasi Y adalah bercuti dalam kumpulan yang lebih kecil. Mereka ini adalah pasaran yang lebih tinggi. Jika anda tanya kepada sesiapa sahaja, walaupun orang-orang kenamaan dan menteri-menteri, ramai yang akan pilih untuk percutian individu," katanya.

Hamzah berkata, untuk melihat hasilnya, ia mengambil masa, sambil menambah Jepun juga telah melonggarkan keperluan visa untuk semua negara-negara Asean sejak tiga tahun lalu.

"Sekarang ramai rakyat Malaysia melawat Jepun. Kita boleh membuat keputusan itu hari ini, tetapi tidak boleh mengharapkan pertumbuhan esok. Ini bukan sebuah pasar raya," katanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan merayu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membolehkan kumpulan kurang daripada 20 pelancong layak untuk pengecualian visa.

Beliau berkata mana-mana kumpulan lebih daripada seorang sepatutnya boleh dianggap sebagai sekumpulan pelancong.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan