Najib Kutuk Gejala Islamophobia - Berita Semasa | mStar

Najib Kutuk Gejala Islamophobia

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 4:39 PM

Najib
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya gejala Islamophobia dengan menyatakan ia merupakan satu bentuk penindasan dan diskriminasi yang melampau.

Memberi contoh Islamophobia, Najib, dalam catatan terbaharunya di Twitter dan blog NajibRazak.com, merujuk kepada satu insiden di Amerika Syarikat apabila seorang remaja lelaki Islam ditahan polis kerana mencipta sebuah jam yang disangkakan sebagai bahan letupan.

"Inilah yang dipanggil Islamophobia. Tindakan mereka yang sentiasa cuba mengaitkan Islam dengan keganasan ini sangat dikutuk," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata Islam sering dikaitkan dengan keganasan walhal keganasan merupakan krisis kemanusiaan yang melibatkan semua tanpa mengira agama, dan ramai lagi gologan bukan Islam yang melakukan keganasan.

Peperangan yang mengorbankan nyawa beratus ribu orang di Iraq dan kekejaman Israel ke atas Palestin juga merupakan satu bentuk keganasan, malah ia lebih besar skalanya dan sudah berlaku berdekad lamanya, kata Najib.

"Penggunaan bom nuklear dan bom kimia jika digunakan, yang membunuh berjuta orang awam, juga adalah satu keganasan.

"Mereka ini bukannya beragama Islam namun tidak pula dianggap sebagai pengganas," katanya.

Untuk itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya bersatu melindungi satu sama lain tanpa mengira agama.-- Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan