Peniaga Di Petaling Street Ambil Langkah Berjaga-Jaga - Berita Semasa | mStar

Peniaga Di Petaling Street Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peniaga di Petaling Street berbelah bahagi sama ada mahu menutup perniagaan mereka pada Sabtu ekoran perhimpunan baju merah kedua yang dirancang.

Hugo Jim, 22, yang memiliki sebuah kedai beg tangan di pintu masuk bahagian barat jalan ini berkata dia akan menutup kedainya untuk satu hari, sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak mahu menyesal di kemudian hari.

"Ini adalah kawasan yang terdedah kepada bahaya. Tidak ada gunanya menentang mereka ini," katanya, merujuk kepada perhimpunan baju merah.

"Lebih baik untuk bercuti sehari," katanya.

Jim adalah salah seorang daripada beberapa peniaga yang membuat laporan polis pada Khamis mengenai ancaman rusuhan.

Seseorang pemilik warung Melayu yang terletak bertentangan Kota Raya, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, berkata dia akan terus membuka perniagaan pada hari tersebut.

Katanya, pada perhimpunan lalu perniagaannya tidak terjejas walaupun ia terletak dekat dengan kawasan di mana berlakunya konfrontasi FRU dengan penunjuk perasaan.

"Kalau dia mengamuk, saya lari je," katanya.
Tags / Kata Kunci: himpunan Petaling Street , baju merah
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan