MPOB Laksana Insentif Tanam Semula Sawit Mulai Oktober Ini

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan melaksanakan Skim Insentif Tanam Semula Sawit (SITS 2015) menerusi dana sebanyak RM100 juta mulai 1 Oktober ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Amar Uggah Embas berkata skim itu menyasarkan usaha penanaman semula di kawasan pokok sawit tua dan tidak produktif seluas 83,000 hektar.

Di bawah SITS 2015, katanya, pemohon yang layak untuk dipertimbangkan adalah kalangan sektor perladangan dan Skim-Skim Kerajaan yang tidak mempunyai peneroka, peserta dan pekebun kecil.

"Skim ini akan dibuka mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2015 bagi peserta untuk menebang pokok-pokok sawit yang tidak produktif," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, kelulusan permohonan skim itu berdasarkan prinsip 'siapa cepat, dia dapat' dengan peruntukan insentif sebanyak RM1,500 sehektar bagi kelulusan kawasan seluas 33,000 hektar dalam fasa pertama.

Bagi fasa kedua, insentif RM1,000 sehektar pula melibatkan kelulusan kawasan seluas 50,000 hektar.

Uggah berkata, pelaksanaan SITS 2015 itu akan menyumbang kepada pengurangan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 250,000 tan dan seterusnya membawa kepada penurunan paras stok minyak sawit yang dapat membantu menstabilkan harga MSM.

Pemohon skim berkenaan adalah digalakkan mengemukakan permohonan mereka menerusi dalam talian di www.mpob.gov.my mulai 1 Oktober 2015. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: kelapa sawit , MPOB

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan