Perwakilan Umno Diingat Tidak Keterlaluan Ketengah Isu Perkauman - MCA - Berita Semasa | mStar

Perwakilan Umno Diingat Tidak Keterlaluan Ketengah Isu Perkauman - MCA

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 4:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Umno diingatkan supaya tidak mengetengahkan isu perkauman secara retorik untuk kepentingan politik pada perhimpunan tahunan parti itu, Disember ini.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata, peringatan itu bagi mengelak keharmonian kaum di negara musnah.

Katanya, ia juga bagi memastikan Perlembagaan Persekutuan diingkari apabila kebebasan bersuara disalah guna.

"Pada Perhimpunan Agung Umno, rakyat bimbang jika sekali lagi perwakilan akan membuat kenyataan bersifat perkauman," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kepimpinan Umno sama ada di peringkat Pusat atau bahagian perlu memastikan tiada perwakilan yang  bersifat ekstrem serta menggugat keharmonian masyarakat.

"Sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) terbesar, Umno bertanggungjawab untuk memastikan ia seiring dengan semangat BN untuk melindungi semua kumpulan etnik seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebarang keruntuhan dalam hubungan etnik termasuk tindakan mencemar semangat BN dan Perlembagaan perlu dikutuk," katanya.

Kata Kim Sen lagi, jurucakap himpunan baju merah pada 16 September yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos telah mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperuntukkan 50 peratus gerai di Jalan Petaling untuk peniaga Melayu, selain mengugut untuk merusuh jika tiada sebarang tindakan diambil berhubung perkara itu.

"Malangnya, ahli Umno tidak dengan serta merta menegur atau mengambil langkah untuk meyakinkan rakyat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , perkauman , Perlembagaan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan