Kualiti Udara Di Johor Pada Tahap 'Tidak Sihat'

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 12:00 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Keadaan jerebu di Johor mencecah tahap 'sangat tidak sihat' dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 201 di Pasir Gudang.

Kawasan lain di negeri ini masih menunjukkan bacaan 'tidak sihat' pada Jumaat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan bacaan IPU yang meningkat kepada tahap 'sangat tidak sihat' di Pasir Gudang dari bacaan 196 pada 8 pagi, berbanding 201 pada pukul 9 pagi Jumaat.

Kawasan Kota Tinggi dan Larkin Lama kekal pada tahap tidak sihat, masing-masing 135 dan 187 pada pukul 9 pagi.

Jerebu di Muar, bagaimanapun, telah berkurangan secara drastik pada minggu lalu dengan bacaan IPU purata 71 pada pukul 9 pagi.

Kuantan juga mempunyai bacaan 'tidak sihat', Balok Baru mencatatkan bacaan IPU 156 dan Indera Mahkota pada 134.

Kemaman dan Paka di Terengganu mencatatkan bacaan 'tidak sihat', masing-masing 143 dan 106 .

Bacaan IPU di Lembah Klang adalah 'sederhana' pada pukul 8 pagi.

Putrajaya mencatatkan bacaan 72, Cheras 53, Petaling Jaya 64, Kuala Selangor pada 52 dan Shah Alam 68.

Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan bahagian-bahagian di Perak juga mempunyai bacaan 'sederhana'.

Pulau Pinang dan Kedah mencatatkan bacaan IPU terbaik, dengan bacaan 'baik' IPU di bawah 50.

Kebanyakan bahagian di Sarawak mempunyai IPU 'sederhana', manakala kebanyakan bahagian di Sabah mempunyai bacaan 'baik' kecuali Tawau yang mencatatkan bacaan 'sederhana' dengan IPU 51.

Bacaan IPU 201-300 dianggap 'sangat tidak sihat', 101-200 dianggap 'tidak sihat', 51 hingga 100 dianggap 'sederhana', manakala 0-50 dianggap 'baik'.

Di Singapura, semua sekolah rendah dan menengah terpaksa ditutup pada Jumaat, apabila situasi jerebu di sana mencapai tahap berbahaya.
Tags / Kata Kunci: jerebu , kualiti udara , IPU , JAS

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan