Jamal Yunos Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 9:52 PM

jamal yunos

Jamal Md Yunos.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Polis menahan penganjur perhimpunan 'baju merah', Datuk Jamal Md Yunos di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah pada malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu.

"Kita tahan beliau di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah untuk mengelakkan jenayah daripada berlaku berhubung kenyataan yang didakwanya bahawa rusuhan akan berlaku di Petaling Street," katanya kepada The Star Online.

Difahamkan, Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ditahan pada pukul 9 malam Jumaat.

Beliau kini ditahan di balai polis Dang Wangi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan memanggil Jamal untuk merekodkan kenyataannya berhubung perhimpunan di Petaling Street pada Sabtu.

Noor Rashid dilaporkan berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk menganjurkan perhimpunan dan tindakan tegas akan diambil.

Polis memberi amaran kepada Jamal bahawa beliau akan ditahan sekiranya didapati bersalah membuat hasutan bagi mencetuskan huru-hara.

Pada Rabu lalu, Jamal memberitahu pemberita bahawa satu perhimpunan boleh berlaku pada Sabtu sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) gagal untuk bertindak ke atas peniaga haram.

Jamal kemudiannya bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai asebarang kaitan dengan penganjuran perhimpunan di Petaling Street pada Sabtu.

"Saya tidak terlibat dan saya tidak akan berada di Petaling Street," katanya.

Ditanya adakah beliau mempunyai maklumat mengenai penunjuk perasaan akan berhimpun di Petaling Street pada Sabtu, Jamal berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

"Saya ulangi, saya tidak terlibat dalam perhimpunan ini, jadi saya tidak tahu sekiranya ada perhimpunan esok," tambahnya.

Jamal berkata, kehadirannya di Petaling Street pada 16 September lalu atas permintaan polis sebagai "orang tengah".

"Pihak polis minta saya bantu untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di sana," katanya sambil menambah bahawa beliau tidak menganjurkan perhimpunan 16 September lalu atau yang bakal diadadakan pada Sabtu.

Beliau mendakwa media telah memutar belit kan kenyataannya berhubung perhimpunan itu.


Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan