Saya Hanya Orang Tengah, Bukan Penganjur Perhimpunan - Jamal

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 12:13 PM

Datuk Jamal Yunos (tengah).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perhimpunan kedua di Petaling Street yang akan diadakan oleh peserta himpunan 'baju merah' hujung minggu ini bukan bertujuan untuk mengugut atau menakut-nakutkan orang ramai, kata Datuk Jamal Yunos.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata kenyataan beliau telah disensasikan oleh media.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya mengumumkan perhimpunan mungkin dibuat tanpa sebarang niat untuk menakutkan sesiapa. Ia telah dibesar-besarkan oleh media.

"Apa yang saya mahu lakukan adalah menyuarakan kegusaran dan rasa tidak puas hati di atas hakikat bahawa tiada apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai aduan saya dan peserta perhimpunan baju merah," katanya.

Sambil menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penganjuran perhimpunan, Jamal berkata beliau hadir di Petaling Street pada 16 September atas permintaan polis.

"Polis memanggil saya ke sana untuk membantu menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di sana.

"Semasa rundingan, saya memainkan peranan sebagai orang tengah dan penunjuk perasaan menyuarakan tiga tuntutan yang perlu ditangani oleh Kementerian," katanya.

Katanya, beliau amat kecewa dengan laporan akhbar mengenai sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 23 September.

"Tujuan sidang akhbar itu adalah untuk menjelaskan tentang semua perkara yang berniat jahat terhadap diri saya dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah saya.

"Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa pihak media hanya telah menonjolkan apa yang dirasakan perlu, tanpa melihat gambaran keseluruhan. Ini boleh membawa kepada banyak kekeliruan, jadi saya meminta media melakukan laporan yang tepat," katanya.

Jamal berkata beliau hanya menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan rusuhan jika benar perhimpunan dilakukan di Jalan Petaling, esok.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan