Semua Staf Al Mashaaer Makkah Metro Dari Malaysia Selamat

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) terlibat dalam insiden rempuhan di Mina, yang dilaporkan mengorbankan lebih 450 jemaah haji setakat ini.

Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata, terdapat 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas dalam operasi MMMSL.

"Semua staf kami selamat. Bagaimanapun, kami akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen-stesen untuk menjamin keselamatan para jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu berkata tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini.

Tags / Kata Kunci: Makkah Metro

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan