Najib Tiba Di New York Untuk Hadiri Sesi Perhimpunan Agung PBB

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 3:44 PM

Najib disambut Anifah sebaik tiba di hotel penginapan di New York untuk menghadiri sidang PBB.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini dalam lawatan kerja untuk menghadiri sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketibaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut antara lain oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Ramlan Ibrahim.

Najib dijadual menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tertinggi PBB sebelum berucap pada perhimpunan agung itu di ibu pejabat PBB di sini pada 1 Oktober.

Malaysia pada masa ini melaksanakan peranan penting dalam badan dunia itu selaku anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Najib juga akan menyertai pemimpin dunia lain dalam Sidang Kemuncak Pasukan Pengaman PBB yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada 28 September.

Mesyuarat itu dijangka menegaskan semula komitmen dan sokongan politik nagara anggota kepada pasukan pengaman PBB.

Di luar sidang kemuncak itu, Najib dijangka mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dunia di sini.

Beliau juga dijangka mempengerusikan mesyuarat kelima Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PBB , New York , Anifah Aman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan