Kematian Jemaah Siti Haryati Bukan Akibat Rempuhan Di Mina - Asyraf

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 8:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan mengenai seorang jemaah Malaysia, Siti Haryati Shaikh Ali, terkorban dalam insiden rempuhan di Mina pada Khamis, yang tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

Beliau pada sidang media susulan mengenai perkembangan berkaitan berkata, sebaliknya jemaah berkenaan meninggal dunia akibat sesak nafas.

"Allahyarhamah Siti Haryati Shaikh Ali, seorang pensyarah UiTM (Universiti Teknologi Mara), Terengganu telah meninggal dunia kerana sesak nafas, tidak ada kaitan dengan rempuhan tersebut," katanya pada sidang media, malam Khamis.

Pada sidang media yang sama, beliau turut mengesahkan tiada jemaah Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan di Mina itu selepas semakan dibuat oleh Tabung Haji (TH).

Asyraf berkata, setakat ini seramai 16 jemaah Malaysia yang meninggal dunia, termasuk tujuh yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lalu.

"Yang lain meninggal dunia akibat serangan jantung dan sesak nafas. Jadi, saya nak tutup segala cerita di media sosial yang mengaitkan kematian Allahyarhamah Siti Haryati dengan kejadian rempuhan di Mina, yang tidak ada kaitan dengan jemaah haji Malaysia," katanya.



iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan