Kekuatan Pembangkang Diuji Oktober Depan

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penubuhan Pakatan Harapan menjadikan DAP lebih dominan dalam pakatan itu tetapi perbalahan parti pembangkang mungkin semakin meruncing berikutan ketiadaan PAS dalam pakatan baharu tersebut.

Penganalisis menjangkakan akan berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen PAS dan Parti Amanah Negara serta DAP di Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 19 Oktober ini.

Dengan ketiadaan PAS dalam pakatan baharu yang menggantikan Pakatan Rakyat, pendirian parti Islam itu terhadap beberapa isu panas yang mungkin ditimbulkan pada persidangan yang akan datang turut menjadi tanda tanya.

Antaranya isu mengenai hudud dan usul tidak percaya terhadap perdana menteri yang cuba dibangkit pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan mempunyai 72 kerusi Parlimen dengan 51 peratus atau 37 daripadanya milik DAP, berbanding PKR yang hanya memenangi 39 peratus atau 28 kerusi dan 10 peratus oleh Amanah.

Jika sebelum ini, Pakatan Rakyat mempunyai 86 kerusi dengan Ahli Parlimen DAP mempunyai bahagian kecil sebanyak 43 peratus manakala PKR sebanyak 32.56 peratus atau 28 kerusi dan PAS mendapat 24.41 peratus atau 21 kerusi.

"Pakatan pembangkang tersebut bagaimanapun dibahagikan tanpa PAS, yang mana saya tidak fikir akan memberi ruang kepada Amanah untuk berdebat pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau berkata PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, parti itu kini mempunyai kefleksibelan dalam membuat keputusa mengenai sebarang isu secara bebas.

Katanya, kenyataan pemimpin PAS terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan parti itu lebih 'berlembut' pendiriannya mengenai pemimpin negara ini, sekali gus menjadikan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri sukar diramal.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan mengulas mengenai perkara ini manakala pemimpin PAS dan Amanah menghebohkan ramalan bahawa pembentukan pakatan baharu itu akan melemahkan pembangkang.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain di Parlimen termasuk Amanah berkaitan isu yang mempunyai pendirian sama.

Beliau bagaimanapun menolak sebarang kemungkinan bahawa PAS akan menyertai Pakatan Harapan dengan menegaskan keputusan untuk tidak menyertai pakatan baharu itu adalah muktamad.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata pintu masih terbuka buat PAS di sebalik apa yang berlaku pada masa lalu.

"Kami masih terbuka walaupun mereka memanggil kami sebagai pengkhianat. Biarkan perkara lepas. Kami tidak mahu bercakap mengenainya.

"Kami menubuhkan Amanah dan moto kami adalah jelas, iaitu menjadi progresif dan inklusif," kata Salahuddin.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa sebarang keputusan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan.

"Kami tidak mahu kesilapan sama berulang lagi, jadi terma dan syarat pakatan baharu itu akan ditandatangani bersama-sama.

"Kami berharap agar Pakatan Harapan ini akan memberi keyakinan kepada rakyat," katanya.

Salahuddin berkata satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada setiausaha agung setiap parti akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk menyelesaikan butiran mengenai penubuhan Pakatan Harapan.

"Kemudian kami akan membuat keputusan mengenai peranan kami dalam Pakatan Harapan termasuk di Parlimen dan dasar mengenai perkara lain seperti PAS," katanya.



Tags / Kata Kunci: Pakatan Harapan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan