Khairuddin Abu Hassan Ditahan 28 Hari Di Bawah Sosma

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan selama 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Khairuddin, yang sebelum itu dibebaskan selepas ditahan reman sejak Sabtu lepas, ditahan semula semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Jumaat lepas, beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara di sini, dipercayai berkaitan siasatan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Noor Rashid, yang ditemui pemberita selepas majlis korban dan solat sunat Aidiladha di Bukit Aman di sini hari ini, berkata polis akan merujuk hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

"Ada kemungkinan kita akan dapat lengkapkan kertas siasatan lebih awal," katanya.

Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campurtangan dalam hal ehwal Malaysia.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1MDB sebagai mensabotaj negara.

Tags / Kata Kunci: Khairuddin Abu Hassan , Sosma

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan