Pupuk Semangat Saling Bermaafan, Perpaduan Sesama Umat - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 9:24 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar memupuk semangat saling bermaafan dan perpaduan ketika menyambut Aidiladha yang penuh dengan erti pengorbanan itu.

Beliau berkata umat Islam harus bermaafan atas segala kekhilafan terdahulu, sekarang dan yang akan datang agar semangat perpaduan tetap subur di hati.

"Kita harus menyelami roh pengorbanan berlandaskan ajaran ad-Din. Ia bukan sekadar pengorbanan wang ringgit dan material malah lebih luas daripada itu - meliputi kesedaran emosional dan spiritual," katanya.

Dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha pada Khamis, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata seluruh umat Islam menzahirkan rasa dukacita atas insiden tragis di Masjidil Haram (pada 11 September) yang mengorbankan lebih seratus jemaah haji termasuk tujuh haji Malaysia.

"Kami di sini sentiasa mendoakan kerukunan dan keselamatan jemaah haji Malaysia di sana agar dipermudahkan dalam menjalani ibadah haji.

"Kita mengharapkan para jemaah haji Malaysia di Mekah agar terus mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kestabilan terus menaungi negara kita serta dilindungi dari segala bala bencana," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan