Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 4:05 PM

Jalan P Ramlee antara kawasan yang dilanda banjir kilat sekitar Pulau Pinang, Rabu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang mengalami banjir kilat dan banjir lumpur berikutan hujan lebih lima jam sejak pukul 4 pagi Rabu.

Antara kawasan terjejas ialah Jalan Bayan Lepas ke Teluk Kumbar, Batu Maung, Bukit Gambir, Bayan Lepas, Paya Terubong, Air Itam dan beberapa jalan di bandar ini.

Banjir kilat dan banjir lumpur itu turut menyebabkan pengguna jalan raya terutamanya mereka yang hendak ke tempat kerja terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejak 8 pagi ini.

Seorang pekerja swasta Nor Waznah Saad, 35, berkata beliau terperangkap dalam kesesakan hampir dua jam ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Teluk Kumbar ke tempat kerjanya di sini.

"Paling teruk kesesakan pagi ini adalah di kawasan Bukit Belah (Jalan Bayan Lepas ke Teluk Kumbar) ekoran banjir lumpur daripada projek-projek pembinaan di situ.

"Selalu kalau hujan lebat atau lebih sejam mesti berlaku banjir di situ, perkara ini berlaku sejak lebih setahun dan kami penduduk di sini berharap masalah itu dapat diselesaikan segera," katanya di sini Rabu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.43 pagi memaklumkan berlaku banjir kilat di Kampung Selamat, Bayan Lepas dekat sini.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati 70 buah rumah di kampung berkenaan dilanda banjir kilat dan air naik kira-kira 1.5 kaki. Banjir dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan saliran perparitan tersumbat berikutan kerja-kerja pelebaran jalan oleh syarikat kontraktor," katanya.

Beliau berkata setakat 12 tengah hari ini, tiada penduduk dari kampung berkenaan dipindahkan.

Jurucakap itu berkata pada masa ini, pihak bomba membuat pemantauan di kawasan banjir kilat berkenaan dan pihak kontraktor yang terlibat dalam pelebaran jalan di situ turut membantu mengalirkan air banjir.

Seorang penduduk kampung itu, Jamal Abdul Razak, 59, berkata beliau sekeluarga sempat mengalihkan barangan dalam rumah ke tempat lebih tinggi bagi mengelak ia ditenggelami air banjir.

Beliau berkata persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, masih belum dibuat berikutan banjir kilat pagi ini.

"Sepatutnya pagi ini saya ke pasar membeli barang untuk memasak juadah. Saya harap pihak kontraktor terlibat dalam projek pelebaran jalan itu dapat buat sesuatu bagi mengatasi masalah banjir kilat ini," katanya.


Tags / Kata Kunci: banjir kilat , Pulau Pinang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan