PRU: PAS Tak Kisah Hadapi Saingan 3 Penjuru - Takiyuddin

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS sedia berhadapan saingan tiga penjuru jika gabungan pakatan pembangkang baharu berminat untuk bertanding di kerusi tradisi parti Islam itu bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak bimbang untuk menentang sama ada DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) mahupun PKR.

Namun menurut Ahli Parlimen Kota Baru itu, PAS tiada masalah untuk berbincang dengan PKR mengenai pembahagian kerusi dalam PRU-14.

Jelas beliau PAS masih perlu bekerjasama dengan PKR untuk menentang BN walaupun mereka menganggotai Pakatan Harapan bersama 'musuh' PAS iaitu DAP dan Amanah.

"Masih terlalu awal untuk mengulas mengenai pakatan pembangkang baharu kerana kita masih belum melihat arah dan cita-cita mereka.

"Walaupun PAS tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan, PKR perlukan PAS dan sebaliknya.

"Ini adalah pendirian rasmi PAS bahawa kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan kongsi politik kecuali BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini.

Pendirian terbaharu PAS itu dilihat bertentangan dengan hasrat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar agar PAS tidak terlibat dalam saingan tiga penjuru pada PRU-14 akan datang.

Menurut wakil rakyat PAS itu, parti Islam berkenaan perlu dilibatkan dalam Pakatan Harapan atau sekurang-kurangnya menjalinkan kerjasama menerusi 'blok politik' bagi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru antara pembangkang dan BN. 

Selain itu, Takiyuddin berkata, PAS tidak melihat ahli-ahlinya yang keluar parti bagi menyertai PKR sebagai pengkhianatan kerana perkara itu merupakan "isu yang berasingan" dengan kumpulan yang menyertai Amanah.

"Ini bukan soal siapa mengkhianati siapa kerana ia perkara biasa dalam politik.

"Ia berbeza dengan tindakan ahli dan pemimpin PAS yang belot dengan melompat parti dan menyertai Amanah," katanya.

Tags / Kata Kunci: Takiyuddin Hassan , PAS , PKR , DAP , Parti Amanah Negara

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan