73 Peratus Kematian Di Hospital Kerajaan Disebabkan Penyakit NCD

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 5:56 PM

Kematian di hospital kerajaan melibatkan mereka yang menghadapi masalah obesiti.

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya membabitkan masalah obesiti, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata di ASEAN, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah penduduk gemuk tertinggi diikuti Thailand dan Singapura.

"Di negara ASEAN ini, memang Malaysia yang paling gemuk, 44.3 peratus penduduk mempunyai BMI (Indeks Jisim Tubuh) lebih daripada 25. Orang Malaysia ini makan enam kali sehari. Kita pun makan banyak makanan berlemak dan kurang bersenam.

"Gaya hidup masyarakat sekarang pun sudah berubah, sekarang mereka banyak tengok komputer dan media sosial," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan 23 lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha kepada masjid dan agensi kerajaan terpilih di Parlimen Balik Pulau, di sini Rabu.

Beliau berkata masalah penyakit NCD seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti serta strok amat membimbangkan dan ia boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit serius yang lain.

Justeru, Dr Hilmi berkata setiap rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti senaman yang konsisten.

"Kementerian juga turut mempergiatkan kempen ubah cara hidup. Jadi, kita kena ubah hidup kita. Kalau di pejabat ada lif cuba naik tangga," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: NCD , kematian , hospital kerajaan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan