Kaji Mengapa Pelajar Tidak Minat Subjek Sains

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 9:41 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah jawatankuasa peringkat kebangsaan perlu dibentuk bagi  mengetahui mengapa pelajar tidak berminat untuk mengikuti aliran sains.

"Ini perlu dilakukan sebelum langkah-langkah boleh diambil untuk mengubah trend ini," kata Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau berkata pelajar secara semula jadi mengejar kerjaya dalam bidang yang mereka minati.

Selain itu beliau mencadangkan supaya melihat semula bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dilaksanakan.

"Kami memerlukan data untuk menangani masalah ini supaya tindakan boleh diambil untuk mencari keseimbangan antara sains dan seni," kata Dr Mohamed.

Beliau diminta mengulas mengenai kajian yang mendapati bahawa pelajar Malaysia telah kehilangan minat dalam bidang sains.

Hasil kajian mendapati hanya 21 peratus daripada pelajar di peringkat menengah atas memilih untuk belajar mata pelajaran sains pada 2014.

Kajian ini telah dijalankan oleh Akademi Sains Malaysia.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya,  Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata subjek sains perlu dijadikan lebih relevan kepada pelajar.

"Pelajar perlu melihat hubungan antara sains dan masa depan kerjaya," katanya.

Beliau berkata mungkin terdapat persepsi bahawa mata pelajaran sains adalah lebih sukar berbanding seni.

"Kursus seperti perniagaan dilihat sebagai pilihan yang lebih menarik," katanya.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, pelajar dibenarkan untuk memilih mata pelajaran yang mereka mahu pelajari dan bukannya memaksa mereka untuk mengikuti bidang seni atau sains.

Beliau berkata, pelajar mungkin tidak berminat dengan pilihan mata pelajaran dalam aliran sains.

"Akhirnya, syarikat-syarikat mahu graduan yang sempurna," katanya.

Seorang pelajar tingkatan lima, yang hanya mahu menjadi dikenali sebagai Marie, memilih aliran sastera selepas mendapati mata pelajaran sains "membosankan".

"Saya mendapati mata pelajaran itu tidak menarik," kata pelajar berusia 17 tahun dari Kuala Lumpur yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis komik grafik.

Sementara itu Jing Min, 16, berkata, dia dipaksa untuk belajar dalam aliran sains oleh ibu bapanya.

"Saya tidak minat dengan subjek biologi tetapi mata pelajaran lain, OK," kata pelajar tingkatan empat dari Damansara.

Tags / Kata Kunci: Subjek Sain , Aliran Sains , Aliran Seni

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan