Rafidah: Jangan Malu Jadi Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 3:22 PM

Rafidah Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jangan salahkan Malaysia berhubung masalah yang disebabkan oleh individu, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz.

"Tolong jangan menyalahkan Malaysia dan jangan berasa malu dengan negara ini," kata Rafidah merujuk kepada laporan media mengenai Malaysia sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian menerusi status di laman sosial Facebook pada Selasa malam.

Rafidah berkata pemimpin yang gagal untuk memimpin seperti yang dijangkakan, kepercayaan dan keyakinan dalam kepimpinan mereka akan terhakis.

Katanya keadaan itu akan menyebabkan negara menjadi "terkial-kial".

"Apabila negara tidak ditadbir dengan baik dan undang-undang tidak diberi keutamaan...huru-hara akan berlaku.

"Masalah ini disebabkan oleh individu dan kumpulan individu tertentu yang diberi amanah untuk memimpin dan mentadbir dan oleh mereka yang tidak kisah mengenai kepentingan negara," kata Rafidah.

Tags / Kata Kunci: Rafidah Aziz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan