Sabah Bentuk Jawatankuasa Kaji Bidang Penurunan Kuasa - Berita Semasa | mStar

Sabah Bentuk Jawatankuasa Kaji Bidang Penurunan Kuasa

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 10:57 PM

Musa Aman.

Musa Aman.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji bidang-bidang kuasa pentadbiran di bawah kerajaan pusat yang perlu diturunkan kepada kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata bidang kuasa tersebut adalah di atas apa yang telah diumumkan sebelum ini iaitu kerajaan negeri diberi peranan lebih besar dalam menentukan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan yang menerajui jabatan dan agensi-agensi penting dalam kerajaan negeri.

"Ini adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian penurunan kuasa kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri, di sini Rabu.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan bekerjasama rapat dengan wakil kerajaan pusat bagi mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diagihkan untuk membolehkan kerajaan negeri mempunyai lebih banyak kuasa membuat keputusan.

"Ini perlu dilaksanakan kerana seperti saya nyatakan sebelum ini bahawa banyak contoh kelewatan dalam perancangan, penyaluran dana dan pelaksanaan projek disebabkan banyak agensi di peringkat pusat, birokrasi dan berpolitik," katanya.

Berikutan penubuhan jawatankuasa peringkat negeri, beliau berharap bidang-bidang penting dalam sistem penyampaian kerajaan pusat dapat dikenal pasti dan dikaji bagi membolehkan kerajaan negeri mempunyai penguasaan terhadap perancangan, pembiayaan dan pelaksanaan projek-projek dan program kerajaan.

Musa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri mempunyai matlamat yang sama iaitu membawa lebih banyak pembangunan kepada Sabah dan negara secara keseluruhan.

"Kami percaya penurunan kuasa ini akan membolehkan kita mencapai matlamat ini dengan cara yang lebih tepat dan cekap," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Musa Aman , Sabah
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan