TPM Ingatkan Media Sosial Jangan Main Isu Perkauman

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 9:35 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial termasuk portal berita dingatkan agar tidak 'bermain dengan api' dengan cubaan menyemarakkan sentimen perkauman sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak isu keselamatan negara telah dipolitikkan terutama berkaitan radikalisme, ekstremisme dan keganasan.

Menurutnya, beliau tidak memberi amaran, sebaliknya berkata siapa yang bermain dengan api akan menerima akibatnya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, meminta pengguna media sosial mencontohi etika kewartawanan dan gaya penulisan yang lebih baik yang diamalkan oleh media arus perdana.


"Tindakan yang akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, adalah satu tindakan yang akan dapat dirasai oleh semua rakyat dalam usaha menangani isu ekstremisme dan keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Persidangan Institut Keselamatan dan Pertahanan Malaysia (MiDAS) 2015 di sini, Selasa.


Ahmad Zahid turut berkata setakat ini sebanyak 131 individu telah ditahan kerana terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti ekstremisme dan keganasan.

Beliau berkata Malaysia perlu menggunakan inisiatif untuk menangani respons keganasan termasuk gerakan radikal dan strategi yang menumpukan kepada pendekatan secara berhemah.

"Pendekatan ini harus merangkumi penglibatan melalui media, forum budaya, pendidikan dan agama dengan tujuan menonjolkan realiti hidup di bawah Negara Islam (IS).

"Usaha-usaha ini akan menghalang individu daripada menghayati mesej-mesej pelampau yang diperjuangkan kumpulan ekstremis seperti IS," katanya.

Beliau berkata jika penyebaran fahaman ekstremisme dan ideologi radikal yang membimbangkan itu tidak ditangani, ia boleh memusnahkan asas yang membentuk negara.

"Ideologi militan dan radikal perlu dihapuskan dalam masyarat kita dan generasi seterusnya perlu bertanggungjawab untuk terus menentang sebarang tindakan ekstremisme dan militan dalam negara ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan