Vaksin Anti Rabies Habis, Stok Baharu Tiba Minggu Depan

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Stok bekalan vaksin bagi penyakit anjing gila atau rabies di Pulau Pinang sudah habis dan pesanan baharu dijangka tiba selewat-lewatnya minggu depan, kata Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Siti Salmiyah Tahir.

Beliau berkata pesanan bekalan vaksin yang baharu mengambil masa untuk tiba di negeri ini memandangkan ia diimport dari negara luar.

"Kita mempunyai stok yang agak terhad. Bagaimanapun, kita telah membuat pesanan, dalam masa terdekat akan sampai tambahan vaksin. Insya-Allah akan cukup. Di Pulau Pinang habis stok semalam (Isnin). Kita juga ada buat pesanan baharu," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Justeru, beliau menasihatkan pemilik anjing untuk sentiasa memastikan anjing peliharaan mereka berada di rumah.

Ditanya mengenai penggunaan vaksin oral untuk menangani penyakit itu, Siti Salmiyah berkata suntikan menerusi mulut masih di peringkat kajian.

"Tidak ada lagi bukti yang menunjukkan keberkesanan 'oral vaccination' (vaksin oral) ini. Lebih berkesan menggunakan suntikan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin yang turut hadir pada sidang media itu berkata sebanyak 41 kes gigitan anjing telah dilaporkan sehingga Isnin.

Beliau berkata sepanjang operasi wabak rabies yang dijalankan secara bersepadu selama enam hari sejak 16 September lepas, sebanyak 342 ekor anjing liar telah ditangkap dan dilupus.

"Sebanyak 50 sampel telah diambil untuk ujian diagnosis penyakit rabies di Institut Penyelidikan Veterinari di Ipoh, Perak dengan tumpuan utama kepada kes gigitan pada manusia," katanya.

Sebanyak 292 ekor anjing telah menerima suntikan vaksin anti-rabies sehingga Isnin, katanya.

Dalam pada itu, Dr Afif berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri turut mempergiatkan 116 kempen kesedaran awam di kawasan perumahan, kampung, ladang ternakan, rumah ibadat dan kawasan sempadan negeri sepanjang tempoh berkenaan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: anti-rabies , vaksin , Pulau Pinang

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan