Hikmah Pesakit Biliari Atresia Tatap Kaabah Pada Usia Muda

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amalina Syazana Abdul Wahab, tampak cekal dan tabah walaupun berpenyakit biliari atresia sejak dilahirkan. 

Berusia 23 tahun, dia masih mengambil ubat-ubatan sehingga sekarang dan kini, gadis yang bakal bergelar doktor itu sedang menyambung pengajian di bidang perubatan di Universiti Alexandria di Mesir.

Berasal dari Kota Baru, Kelantan, gadis bertubuh kecil molek ini pernah menjalani pemindahan hati ketika berusia 10 tahun. Oleh kerana penyakit dihidapi semakin menunjukkan perkembangan positif, ibu saudaranya, Naaimah Abdullah, bernazar menghantarnya ke Makkah bagi menunaikan ibadat haji pada 2008 iaitu ketika beliau berusia 16 tahun.

“Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata kegembiraan apabila menatap Kaabah buat kali pertama. Syukur Alhamdulillah,” katanya penuh gembira.

Beliau berangkat ke Makkah bersama-sama rombongan jemaah TM Tours & Travel, yang juga pengelola jemaah haji dilantik oleh Lembaga Tabung Haji untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu menerusi pakej.

“Saya mengambil haji tamatuk dan selama 43 hari di Tanah Suci Madinah serta Makkah,” katanya yang turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu saudaranya kerana bermurah hati untuk membawanya menunaikan haji.

Sepanjang di Makkah dan Madinah, tiada masalah kesihatan dialami. Sepertimana jemaah lain, Amalina juga kerap mengerjakan solat berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Sebelum melangkah ke Tanah Suci, beliau mengikuti kursus haji, membaca buku berkaitan ibadat haji dan menonton video berkisar ibadat berkenaan sebagai persiapan sebagai tetamu Allah.

Beliau turut menyarankan generasi muda yang bekerjaya dan berkemampuan agar menyegerakan ibadat umrah ketika usia muda kerana ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal, mental dan spiritual.

Menjelang sambutan Aidiladha ini, ikuti temubual mStar Online bersama insan bertuah yang menjadi Tetamu Allah pada usia muda ini menerusi paparan video.

Nantikan video pengalaman haji seterusnya menerusi portal berita ini pada Rabu.



iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan