PasMa Sokong Pakatan Harapan

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 7:20 PM

Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menyatakan sokongan di belakang gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dengan terbentuknya pakatan baharu itu, terdapat peluang yang lebih cerah untuk pihak pembangkang mengambil alih kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

"Perkara pertama yang harus dilakukan Pakatan Harapan adalah mengukuhkan sokongan di Pulau Pinang dan Selangor, dan juga untuk meyakinkan semua ahli Parlimen bahawa kerajaan sementara sangat diperlukan pada masa ini," kata Phahrolrazi dalam satu kenyataan pada Selasa.

PasMa, cabang PAS yang kemudiannya memulakan pembentukan Parti Amanah Negara, berkata ia menyokong penuh sistem dua parti itu dan menggesa mereka yang mengundi pembangkang dalam pilihan raya lalu untuk memperbaharui sokongan mereka terhadap gabungan baru ini nanti.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Pakatan Harapan selepas mesyuarat meja bulat dengan dua parti lain pada pagi Selasa.

PAS yang tidak menghantar wakil ke mesyuarat itu, diketepikan daripada pakatan pembangkang yang baru itu.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah tidak menolak penglibatan PAS dengan menyatakan bahawa mana-mana parti yang mempunyai matlamat yang sama dengan gabungan itu boleh menyertai mereka.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan