PAS Pusat Tolak Sidang Meja Bulat, DAP & Amanah – Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 11:35 AM

Tuan Ibrahim Tuan Man.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  PAS Pusat menegaskan bahawa parti itu berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) dan keputusan untuk tidak menghadiri sidang meja bulat yang diadakan rakan sekutunya pada Selasa juga kekal.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan  Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pagi ini bertentangan dengan tindakan Datuk Mahfuz Omar yang hadir pada sidang meja bulat berkenaan.

“PAS menghargai jemputan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ke meja bulat pembangkang, namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya. 

"Bagaimanapun, PKR masih rakan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat," kata Tuan Ibrahim menerusi kenyataan, Selasa.

Menurutnya lagi, PAS akan terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam terutama isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

Beliau berkata, parti Islam itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha memperkuatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai apa jua isu antara kedua parti sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang),” katanya.


Tags / Kata Kunci: Tuan Ibrahim Tuan Man , PAS , PKR

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan