Pakatan Harapan Tiada Kaitan Kerajaan Selangor - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pembentukan gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan Selangor, sebaliknya menjurus kepada perancangan untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, sidang meja bulat pada Selasa adalah perbincangan awal mengenai tindakan pembangkang sebagai pakatan baharu yang akan bersaing dengan BN nanti.

"Tiada kaitan dengan kedudukan kerajaan negeri Selangor. Ini (sidang meja bulat) adalah mengenai perancangan masa depan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Ini perancangan parti-parti politik untuk melihat bagaimana kita dapat menangani cabaran-cabaran semasa. Ia bukan sahaja isu politik yang dibincangkan tadi, tetapi kita bincang mengenai isu ekonomi, masalah ringgit di mana kita perlukan kekuatan baharu untuk menghadapi cabaran ini," katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran WiFi Selangorku 2015 di pusat membeli-belah SACC Mall di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan Exco kerajaan negeri itu dari PAS berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa parti Islam itu pada Selasa.

Gabungan itu terbentuk hasil persetujuan bersama menerusi rundingan meja bulat yang diadakan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bagaimanapun berkata, perbincangan mengenai Pakatan Harapan masih berjalan dan terbuka kepada parti-parti lain untuk menyertainya.

"Kita masih terbuka dalam perbincangan. Bukan sahaja dengan PAS tetapi juga dengan parti-parti lain termasuk di Sabah dan Sarawak, serta pihak lain yang mahu bekerjasama dengan kita.

"Kita belum tutup pintu. Perbincangan belum selesai, masih berjalan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Selangor , Pakatan Harapan , Azmin Ali

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan