Kelab Akhbar Kebangsaan Anjur Kejohanan Futsal Media

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersempena Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015, Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) akan menganjurkan kejohanan futsal bagi pasukan jabatan pengarang daripada organisasi media dengan tajaan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kejohanan Futsal TNB-Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia 2015 akan diadakan di Gelanggang Futsal TNB di ibu pejabat TNB di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari berkenaan.

Kejohanan itu terbahagi kepada kategori lelaki dan wanita. NPC menjangkakan penyertaan kira-kira 20 pasukan dalam kejohanan itu.

Hadiah wang tunai RM1,200 (Juara), RM800 (Naib Juara) dan RM500 (pasukan ke separuh akhir) ditawarkan kepada pemenang kejohanan.

Syarat dan peraturan serta borang penyertaan boleh diperoleh menerusi email daripada NPC dengan menghubungi Pengurus Kelab Steven Foo di talian 03-26940525 atau 019-2458073 atau nationalpressclub@gmail.com atau daripada laman web NPC www.nationalpressclub.org.my.

Setiap pasukan dikenakan yuran masuk RM60. Tarikh tutup adalah pada Isnin, 5 Oktober 2015.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi M. Govind Nair, Setiausaha NPC di talian 012-2075951 atau Steven Foo, Pengurus Kelab 03-26940525 atau 019-2458073.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Hari Sukan Negara , NPC , futsal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan