Najib Serah 539 Lembu Korban Untuk Daerah Pekan

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 2:26 PM

Abu Bakar (tengah) melihat lembu yang bakal dikorbankan selepas majlis Penyampaian Watikah dan Wakalah Lembu Korban kepada Umno di 13 Bahagian seluruh Pahang dalam parlimen Pekan pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan 539 ekor lembu korban bersempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada Khamis ini kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan di daerah Pekan.

Najib, yang diwakili Timbalan Ketua Umno bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun, turut menyampaikan sumbangan itu kepada 13 bahagian Umno di Pahang, masing-masing menerima 10 ekor lembu.

"Untuk tahun ini, sebanyak 59 masjid, 158 surau dan 32 pejabat kerajaan serta NGO di Pekan menerima sumbangan ini," katanya di Majlis Penyampaian Watikah dan Wakalah Lembu Korban 2015 Parlimen Pekan di Bangunan Umno di sini, Selasa.

Sebanyak 15 syarikat telah menyumbangkan lembu berkenaan yang kemudian diserahkan kepada Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, pada 17 September lepas.

Antaranya Sapura Holdings Sdn Bhd yang menyumbang 128 ekor lembu, NAZA Group (75), DRB-HICOM Berhad (50), WZR Property Sdn Bhd (30), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (30) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (28).

Syarikat lain yang turut menyumbang ialah Roadcare (M) Sdn Bhd (28), HeiTech Padu Berhad dan Nukima Sdn Bhd (20), GBP Corporation Sdn Bhd (20), AJ Aeroservices Sdn Bhd (20) dan Kini Unggul Sdn Bhd (15). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: lembu korban , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan