Henti Tajaan Mara: MCA Selar Tindakan Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 6:49 PM

Datuk Chai Kim Sen

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA menyelar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung tindakan balasnya terhadap sebuah universiti swasta, dengan menyatakan bahawa bidang pendidikan tidak boleh dipolitikkan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada Isnin mengumumkan bahawa Mara akan menghentikan tajaannya untuk pelajar baharu Universiti Taylor, tetapi tidak mampu menjelaskan sebab di sebalik langkah itu.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan menteri itu sebagai 'tidak wajar', malah tindakannya itu juga dipanggil 'kebudak-budakan'.

"Institusi pendidikan diharapkan untuk terus tidak terlibat dalam politik. Tetapi Ismail Sabri telah mempolitikkan bidang pendidikan," kata Kim Sen, mempertahankan Universiti Taylor.

Beliau takut orang ramai sekarang akan mengaitkan Universiti Teknologi Mara dengan dasar dan sikap prejudis berasaskan kaum.

Keputusan itu, menurut Kim Sen juga akan menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker menuntut Ismail Sabri menjelaskan sendiri bagi meyakinkan orang ramai bahawa langkah itu tidak mempunyai 'kaitan politik'.

"Jika memang ia bermotifkan politik, kami menyeru jasa baiknya untuk menimbang semula dan segera menarik balik pengumuman itu demi kepentingan pemegang biasiswa dan kebajikan pendidikan," katanya.

Lian Ker mengingatkan menteri bahawa beliau mempunyai kewajiban untuk menggalakkan kesejahteraan pemegang biasiswa, bukan menggunakan mereka sebagai alat politik.

Pengumuman Ismail Sabri dibuat selepas universiti itu menamatkan perkhidmatan operator bas yang menggunakan bas dengan logo universiti untuk membawa penumpang ke Himpunan Rakyat Bersatu baru-baru ini.

Timbul spekulasi tentang sebab di sebalik penamatan tajaan Mara untuk pengambilan baru pelajar Universiti Taylor.

Universiti itu bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima kenyataan rasmi penamatan penajaan daripada Mara atau kementerian.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan