Henti Tajaan: Mara Tak Perlu Maklum KPT - Idris Jusoh

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 9:40 PM

Datuk Seri Idris Jusoh

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak perlu memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung keputusannya menghentikan tajaan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia kerana Mara berhak dan terpulang kepada organisasi itu untuk membuat sebarang keputusan tanpa perlu merujuk kepada kementerian.

"Dia (Mara) tidak perlu bagi alasan pada saya. Saya tidak tahu banyak mengenainya kerana ia dibuat oleh organisasi (Mara).

"Keputusan Mara sendiri. Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Sebagaimana yang diumum (keputusan henti tajaan), saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita Selasa.

Idris sebelum itu menyampaikan anugerah dan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah di Sunway University di sini yang turut dihadiri Pengasas yayasan itu Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang juga Canselor University Sunway.

Pada Isnin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Mara menghentikan tajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian di Universiti Taylor atas pelbagai sebab.

Bagaimanapun, pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti terbabit boleh meneruskan pengajian sehingga tamat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai terdapat kemungkinan sama ada Mara akan menghentikan tajaan pelajarnya di institut pengajian tinggi awam atau swasta yang lain, Idris menjawab bahawa beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Idris berharap lebih banyak pihak korporat tampil menaja pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, komitmen yang ditunjukkan syarikat korporat bukan sahaja dapat membantu kerajaan merealisasikan impian untuk menjadikan negara sebagai hab pendidikan tinggi, malah dapat meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

Sementara itu, Jeffrey dalam ucapannya berkata hari ini menjadi sejarah buat Yayasan Jeffrey Cheah apabila mengagihkan biasiswa sebanyak RM45 juta kepada lebih 3,000 penerima, berbanding RM33 juta tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan