Ketua Pemuda Umno Rasah Sah Muflis, Gugur Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 1:46 PM

Hassan Yop.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hassan Yop yang sah diisytiharkan muflis digugurkan daripada jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rasah yang disandangnya.

Menurut surat berhubung status Hassan yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, perkara itu disahkan setelah semakan dibuat dengan Jabatan Insolvensi.

“Adalah dimaklumkan setelah semakan dengan Jabatan Insolvensi, didapati penama di atas (Hassan) telah berstatus muflis.

“Sehubungan itu, penama ini gugur jawatan sejajar Fasal 28.8 Peraturan Persidangan dan Seksyen 9(A)(1)(d) Akta Pertubuhan 1966,” kata Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan menerusi surat bertarikh 17 September lalu kepada Setiausaha Umno Bahagian Rasah, Mohd Arif Abdullah Sani.

Surat berkenaan turut melampirkan semakan Jabatan Insolvensi sebagai rujukan.

Mohd Arif ketika dihubungi mStar Online mengesahkan telah menerima surat berkenaan.

Surat yang dikeluarkan mengenai status Ketua Pemuda Umno Rasah, Hassan Yop.

Tengku Adnan bagaimanapun memaklumkan, status mesyuarat Pemuda dan Umno Bahagian yang dihadiri Hassan, masing-masing pada 3 dan 8 Ogos lalu tidak terjejas.

“Walau bagaimanapun kehadiran penama sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Bahagian dalam mesyuarat perwakilan Pemuda dan Bahagian tidak menjejaskan mesyuarat tersebut,” katanya.

Mstar Online sebelum ini melaporkan wakil Pemuda Umno Bahagian Rasah hadir ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Putrajaya pada 9 September lalu bagi memohon penjelasan berhubung status ketua sayap bahagian itu yang didakwa muflis.

Surat berkenaan turut dihantar kepada Umno bahagian, negeri dan pusat antara lain menuntut penjelasan mengenai status mesyuarat perwakilan Pemuda dan bahagian Umno Rasah yang dihadiri Hassan.

Tags / Kata Kunci: Hassan Yop , Umno Rasah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan